PENGENALAN

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ejen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.



MISI

Mewujudkan dan menyokong budaya penggunaan ICT bagi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan misi Bahagian Teknologi Pendidikan



VISI

Wujudnya budaya penggunaan ICT secara optimum demi kecemerlangan Pendidikan.



MATLAMAT

Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dengan cara :

1. Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional.

2. Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran.

3. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru.

4. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran.

5. Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden.

6. Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan.



OBJEKTIF

1.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.

2.Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.

3.Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

4.Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.

5.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.

6.Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

FUNGSI

1.Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.

2.Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kereatif dan inovatif.

3.Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

4.Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan tenopen.

5.Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat melalui semangat berpasukan.

6.Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah(PSS).

7.Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.

8.Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat setempat.

MESYUARAT / TAKLIMAT (2008)

Berikut adalah senarai mesyuarat / taklimat PTP PKG 2008 yang terkini :,


* Mesyuarat Pemantauan Berkala PKG Daerah Batu Pahat 2008

Pegawai Terlibat : PTP DGA32 dan PTP DGA29 (Rujuk jadual)
Tarikh : 16 Jun 2008
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Pt. Sulong.
Dokumen yang perlu dibawa : Borang pemantauan PSS / Makmal ICT dan Pusat Akses


Terima kasih,
Regards, Admin

PEMANTAUAN / KHIDMAT BANTU(2008)

Berikut adalah senarai kursus / bengkel / pemantauan / khidmat bantu PTP PKG yang terkini :,


* Pemantauan Berkala PKG Daerah Batu Pahat 2008 (Zon Pt.Sulong)

Pegawai Terlibat : PTP DGA32 dan PTP DGA29 (Rujuk jadual yang dilampirkan)
Tarikh : 17 hingga 18 Jun 2008
Tempat : Sekolah Ahli Zon PKG Pt.Sulong
Dokumen yang perlu dibawa : Borang pemantauan PSS / Makmal ICT dan Pusat Akses


Terima kasih,
Regards, Admin

* Pemantauan Berkala PKG Daerah Batu Pahat 2008 (Zon Bagan)

Pegawai Terlibat : PTP DGA32 dan PTP DGA29 (Rujuk jadual yang dilampirkan)
Tarikh : 7 hingga 8 Julai 2008
Tempat : Sekolah Ahli Zon PKG Bagan.
Dokumen yang perlu dibawa : Borang pemantauan PSS / Makmal ICT dan Pusat Akses


Terima kasih,
Regards, Admin

Sabtu, 14 Jun 2008

Pemantauan Berkala PSS /Makmal/Pusat Akses 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula pada tahun 2008, PKG Daerah Batu Pahat telah membuat keputusan untuk membuat pemantauan PSS, Makmal ICT dan Pusat Akses Daerah Batu Pahat secara berkelompok. Dimana setiap pegawai PKG akan memantau ketiga-tiga aspek mengikut giliran zon yang telah diputuskan. Oleh yang demikian, diharap semua guru-guru GPM, Penyelaras Makmal dan Penyelaras Pusat Akses dapat bersedia menerima kujungan kami dengan menyediakan dokumen-dokumen penting bagi tujuan pemantauan tersebut. Sekiranya tuan/puan masih belum menerima salinan dokumen pemantauan tersebut, tuan/puan boleh muat turun borang tersebut dibawah ini sebagai panduan.
Terima kasih.

1.Surat Arahan JPNJ

2.Instrumen Pemantauan PSS ISO9000 2008

3.Instrumen Pemantauan Makmal ICT 2008

4.Instrumen Pemantauan Pusat Akses 2008

5.Panduan Tugas GPM

Hakcipta terpelihara 2008